Dia Yang Ku Panggil AGON ! part 1

        "ADUH!"
         Suara Bawang ( Nama seorang watak ) mengeluh kedengaran agak lemah di dapur. Agon yang sedang terlentang di tengah rumah hanya mampu memasang telinga . Tangannya mendepa luas bersama kedua dua belah kakinya yang sedikit mengkangkang . Betul betul menyerupai mayat mangsa kemalangan jalan raya . Keheningan mulai terasa antara mereka berdua.
         Tengah hari itu agak panas. Bahang yang termeluap naik , membentuk maya dari luar tingkap. Ini membuktikan betapa matahari pada hari itu memang sangat cerah tanpa tanda tanda hujan akan turun membasahi bumi tercibta. Angin yang berhembus sedikit pun tidak membantu malah menambahkan lagi suhu hangat udara.
          Sekonyong konyong muncul sesusuk tubuh menyerupai Bawang di pintu dapur dari pandangan mata Agon yang sedikit menjeling . Dia sudah tidak nampak kerana keupayaanya untuk meneliti sudah hampir hilang disebabkan oleh fizikal perutnya yang sedari tadi asyik berbunyi kencang menahan lapar. Kelaparan semakin terasa , kalau hari hari macam ni , boleh mati kelaparan si Agon tuu . Agon berwajah seiras dengan makhluk asing di plane marikh namum realitinya dia adalah seorang manusia yang tidak kacak dan mempunyai teman wanita yang takk cunn .
           " Kau tak ada simpan makanan ke Agon ? Aku lapar sangat ni. Kang tak pasal pasal aku mati kelaparan kang. Aku tak boleh tahan lama ni , nanti masuk angin kang . bukan masuk air ." Tanya Bawang sambil mencari cari makanan.
           " Kalau ada cencorot melintas sekarang ni , aku sanggup kunyah kau tahu tak ? Perut aku sendiri pun tak simpan makanan , inikan pulak nak simpat dekat tempat lain,: ujar Agon sedikit mengomel.
           " Kalau kau jumpa cencorot , tinggalkan untuk aku sikit!"tambah Bawang sambil duduk di sebelah tempat Agon menyamarkan diri sebagau mayat hidup.
            Agon membuntangkan mata . Dia tidak pasti sama ada Bawang sedang membalas gurauannya sebentar tadi ataupun benar benar serius . serius? Kalau benar Bawang bermaksud sedemikian ,  maka dia harus berhari hati . Mungkin juga dia berpotensi membaham ketiaknya yang busuk semata mata untuk menghilangkan rasa lapar . Perut mereka semakin terasa hendak meletup kerana kekoncangan sakit itu .

No comments:

Post a Comment